Sabtu, Februari 14, 2009

Tukar Domain



Assalamualaikum,

Harap Ambil Perhatian,


Akhirnya Blog INKEMA PJ 87/89 telah di tukarkan dari inkema.blogspot.com ke xikmpj.juky.via.my.

Entahlah, mungkin aku rasa sudah sampai masanya domain yang menggunakan nama Blogspot di tukar kepada satu Domain yang tunggal.

Memandangkan aku sudah bertukar domain, bermakna aku kena mula dari 0. Kena buat setting balik untuk Theme dan masukkan semula segala post-post yang lepas ke domain baru ini. Bertukar domain adalah satu kerja yang menyusahkan tapi ada juga baiknya demi untuk satu pembaharuan.

Buat permulaan, mungkin post-post yang terbaru akan mengambil masa kerana aku dalam proses untuk mengemaskini Domain baru ini dahulu. Dan kepada sesiapa yang telah mengikuti aku melalui Feedburner, aku sudah tukar alamat feedburner aku. Jadi kalau anda semua ingin mengikuti post-post aku yang akan datang, sila lah mendaftar semula di domain yang baru ini.... Sorry lah.

Dan bagi sesiapa yang telah bertukar link dengan aku, sila perbaharui link tersebut dengan segera kerana anda tidak akan dapat menerima post-post yang akan datang dari domain Blogspot ini. Boleh kan? Alah, janganlah malas sangat itupun nak merungut.

Aku juga ada buat satu lagi blog personal aku (tak ada kena-mengena dengan IKMPJ) tapi blog ini di dalam proses pembinaan lagi. Di dalam blog yang bakal muncul ini nanti, akan khusus untuk hal-hal berkaitan perbincangan aku mengenai isu-isu terkini dan juga berkaitan dunia blog dan perihal komputer. Bila dah siap nanti, aku akan maklumkan di Blog XIKMPJ aku yang baru ini nanti. Tunggu......

Harap sedia maklum. Terima kasih.

Khamis, Januari 22, 2009

Speed WiMAX P1 malam Ini



Pada hari sabtu yang lepas (17 Jan. 2009), aku telah berpeluang mendaftar sebagai mencubaan perkhidmatan broadband WiMAX P1 (Packet One Networks Sdn Bhd). Pekej yang telah aku daftarkan adalah P1MAX 1200 iaitu pada kelajuan 1.2Mb/s untuk Download dan 500kb/s untuk Upload dengan bayaran sebanyak Rm99/sebulan (12 bulan kontrak, kalau 24 bulan Rm89).

Pada hari pertama iaitu selepas di aktif akaun (18 Jan. 2009), aku mendapat bacaan kelajuan 1.16Mb/s untuk Download dan 0.30Mb/s untuk Upload. Wow.... ! (seperti di atas).

Keesokannya pula (19 Jan. 2009), aku mendapat bacaan yang menghampakan iaitu :-
. ?......?.....

Dah lah lambat, kekadang penerimaannya bertukar-tukar dari perlahan ke tak ada talian langsung, boleh putus-putus pulak. Tak stabil. Bayangkan kalau tengah download movie yang besar failnya tiba-tiba terputus talian di pertengahan, mahu tak panas hati.

Disebabkan aku dah fed-up dengan keputusan di atas, aku tukar balik ke broadband aku yang sedia ada iaitu Maxis Broadband 3.6Mb/s yang telah sebulan aku melanggan walaupun kelajuannya tidak lah hebat, tetapi lebih stabil - tak pernah putus sambungan.

Tapi malam ini.... setelah aku pandang-pandang je modem P1 yang "empat segi hitam legam" tapi "cute" selama 3 hari, aku beri sekali lagi peluang kepada P1 untuk di ambil bacaan kelajuannya. keputusannya :-



Wow.... !. Ok juga P1 ni... seperti di janjikan 1.1217Mb/s (lebih dari 1.2Mb/s). Sambungan WiMAX kekal pada kelajuan ini .... tidak putus.... agak stabil. Mungkin 2/3 hari yang lepas "dia orang" ada buat sedikit penyelenggaraan agaknya.
Diharap bacaan ini dapat dikekalkan begini selamanya walaupun aku dalam peringkat percubaan selama 15 hari dan aku akan pulangkan semula modem yang berharga Rm 999 bila nak berakhir waktu percubaan nanti kerana untuk mendapatkan perkhidmatan ini, pada bulan yang pertama aku perlu membayar lebih kurang Rm259 iaitu bayaran bulanan Rm99, bayaran Pendaftaran Rm100, bayaran Pengaktifan Rm50 dan bayaran duti stamp sebanyak Rm10.

Tapi kepada mereka yang berminat untuk melanggan kepada apa-apa rangkaian Broadband WiMAX atau apa-apa rangkaian Wireless yang lain, biasanya syarikat-syarikat Broadband ada menyediakan kemudahan percubaan (biasanya dalam 14 - 15 hari) sebelum melanggan sepenuhnya. Jadi cuba-cuba lah.

Yang penting di sini adalah, pastikan rangkaian Broadband yang telah anda pilih nanti mempunyai capaian kawasan liputan yang menyeluruh di kawasan anda, bukan capaian yang "sipi-sipi". Kalau suka sipi, dapatnya pun sipi.

Selamat Mencuba.....

Nota:-

- bacaan yang saya beri di atas adalah pada unit bacaan Megabit sesaat (Mb/s).
- Bermakna, jika 1.2Mb/s adalah bersamaan lebih kurang 0.15MB/s iaitu MegaByte sesaat.
- Ini bermaknam jika anda melanggan pekej rangkaian Broadband, samada yang "tak berwayar ke" atau "yang berwayar", pastikan anda faham apa kelajuan sebenarnya yang dilanggan.
- 1.0Mb/s (Megabits sesaat) = 0.12MB/s (MegaByte sesaat).
- 3.6Mb/s bersamaan maksimum download yang boleh anda capai adalah lebih kurang 0.45MB/s, kurang dari separuh MegaByte sesaat... itu pun kalau bolehlah capailah....

Isnin, Disember 29, 2008

Salam Ma'al Hijrah 1430





Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Ma'al Hirah ke 1430" kepada kesemua Muslimin dan Muslimat bekas tenaga pengajar dan rakan-rakan bekas pelatih IKM Pj yang di kasihi. Semoga di tahun Hijrah ini kita semua lebih dapat beribadat dan lebih diberkati Allah swt.

Di harap kita semua dapat menyambut tahun baru ini dengan lebih diberkati .

Anyway, Selamat Menyambut Ma'al Hijrah.

Wassalam.


-*:*- Selama ini kita hanya menyambutkan hari kelahiran kita mengikut kalender Gregorian bukan mengikut kalender Hijrah. Tahukah anda jika anda mengikut kalender Hijrah, umur anda bukanlah yang seperti yang anda sangkakan? Bagaimana pula tarikh kelahiran anda mengikut kalender Hijrah?

Untuk mengetahui tarikh kelahiran anda dan umur anda yang debenarnya jika mengikut kalender Islam (Hijrah), sila klik sini.