Sabtu, Februari 14, 2009

Tukar Domain



Assalamualaikum,

Harap Ambil Perhatian,


Akhirnya Blog INKEMA PJ 87/89 telah di tukarkan dari inkema.blogspot.com ke xikmpj.juky.via.my.

Entahlah, mungkin aku rasa sudah sampai masanya domain yang menggunakan nama Blogspot di tukar kepada satu Domain yang tunggal.

Memandangkan aku sudah bertukar domain, bermakna aku kena mula dari 0. Kena buat setting balik untuk Theme dan masukkan semula segala post-post yang lepas ke domain baru ini. Bertukar domain adalah satu kerja yang menyusahkan tapi ada juga baiknya demi untuk satu pembaharuan.

Buat permulaan, mungkin post-post yang terbaru akan mengambil masa kerana aku dalam proses untuk mengemaskini Domain baru ini dahulu. Dan kepada sesiapa yang telah mengikuti aku melalui Feedburner, aku sudah tukar alamat feedburner aku. Jadi kalau anda semua ingin mengikuti post-post aku yang akan datang, sila lah mendaftar semula di domain yang baru ini.... Sorry lah.

Dan bagi sesiapa yang telah bertukar link dengan aku, sila perbaharui link tersebut dengan segera kerana anda tidak akan dapat menerima post-post yang akan datang dari domain Blogspot ini. Boleh kan? Alah, janganlah malas sangat itupun nak merungut.

Aku juga ada buat satu lagi blog personal aku (tak ada kena-mengena dengan IKMPJ) tapi blog ini di dalam proses pembinaan lagi. Di dalam blog yang bakal muncul ini nanti, akan khusus untuk hal-hal berkaitan perbincangan aku mengenai isu-isu terkini dan juga berkaitan dunia blog dan perihal komputer. Bila dah siap nanti, aku akan maklumkan di Blog XIKMPJ aku yang baru ini nanti. Tunggu......

Harap sedia maklum. Terima kasih.

0 ulasan: