Selasa, Ogos 14, 2007

Berita Tergempar - Juky

Tiga kanak-kanak ditinggalkan ibubapa

Boston: Tiga beradik dijumpai diluar jagaan penjaganya apabila didapati berkeliaran di Bahagian Imageshack, Ibupejabat Blog LSB.PJ. disini, semalam.

Tiga beradik itu telah dijumpai oleh Pembantu Pembersihan Pejabat, telah berkeliaran dan kadang-kadang duduk di kerusi laluan pejalankaki sebelum dihantar ke Pejabat Pengarang Blog untuk dibuat laporan.

Ketua Blog LSB.PJ, Timbalan Superitendan (Bersara) Kemat Hassan, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 petang semalam. Katanya, kanak-kanak tersebut yang cuma dikenali sebagai Kak Long, Abang Ngah dan Ucu, telah ditinggalkan oleh ibubapa mereka semenjak hari Jumaat lepas lagi kira-kira pada pukul 1.32 petang setelah pihak kami mendapat maklumat melalui kamera tertutup CCTV di sini.

"Berdasarkan siasatan awal, kami percaya kes anak-anak ini dispesifikasikan sebagai kes tinggal dan lari kerana tiada sebarang pesanan atau komen telah ditinggalkan sebelum suspek lari meninggalkan mereka bertiga.

"Keadaan itu menyebabkan kami agak sukar untuk membuat siasatan dan mengenal pasti anak kepada siapa mereka ini. Pihak kami telah cuba untuk mengedarkan pemplet keseluruh pelusuk bandar Boston dan Kampung Baharu untuk meminta orang ramai untuk mencari dan mengenalpasti siapakah waris kepada kanak-kanak tersebut. Kami merayu kepada orang ramai yang mengetahui dimana ibubapa mereka untuk tampil kehadapan untuk membantu siasatan.

"Kepada ibubapa kepada kanak-kanak tersebut, kami memohan juga untuk tampil kehadapan untuk mengenalpasti anak-anak mereka dan pihak kami berjanji tidak akan mengambil tindakan kepada mereka kerana pihak kami telah berjanji kepada anak-anak mereka untuk tidak mengambil tindakan tambahan lagi pihak kami tidak dapat lagi menanggung kos penjagaan mereka kerana anak-anak yang comel dan selalu ketawa ini sihat-sihat semuanya", katanya.

Isnin, Ogos 13, 2007

Jauh Perjalanan, Luas Pandangan - Juky

1991 - Percutian Ke Phuket, Thailand

'Office Trip' 5 hari 4 malam yang diadakan pada bulan Jun 1991 ke Pulau Phuket, Thailand telah melibatkan kepada semua kakitangan kecuali 'Boss'. Perjalanan melalui Penerbangan MAS telah mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit setelah membuat persinggahan terlebih dahulu ke Lapangan Terbang Pulau Pinang.

- 'Posing kat Phuket Airport'

Kata orang kata pulau Phuket ni cantik. Memang betul, tempatnya cantik, pantai bersih, udara nyaman, harga barangan disini pun murah, aktiviti malamnya, memang sesuai untuk bercuti.

- 'Lepak dekat Patong Beach' (ada yang kenal ke sebelah aku tu, ex-IKMpj juga tapi junior kita)

Tak banyak aktiviti yang boleh dibuat kat Phuket ni. Cuma melawat tempat-tempat popular seperti pantainya yang panjang (lebih kurang 50km), melawat beberapa pulau dalam gugusan Pulau Phuket (Phuket ada lebih dari 50 pulau kecil), yang paling popular Pulau James Bond sebab filem James Bond pernah adakan pengambaran disitu.

- 'Dekat Pulau James Bond'

Aktiviti malam, kalau orang bujang yang tunggang langgang, waktu ini memang 'syurga' bagi mereka kerana kalau nak enjoy sakan takda orang nak ganggu, disinilah tempatnya. Waktu ini jugalah paling sesuai untuk membeli-belah buah tangan untuk dibawa pulang ke Tanah Air yang tercinta. Kata orang 'Hujan Emas dinegeri orang, Hujan Batu dinegeri sendiri', lebih baik negeri sendiri kerana Phuket penuh dengan dunia yang bersandiwara. Sebab itulah agaknya terjadi 'Tsunami' kat Phuket. Sekarang ini kalau berpeluang lagi pergi ke Phuket, mungkin kena fikir dua atau tiga kali.

Walaubagaimana pun, bercuti ke Phuket adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana pada masa itu Phuket memanglah 'Syurga Dunia' kerana pulaunya memang 'C A N T I K '.