Boston: Tiga beradik dijumpai diluar jagaan penjaganya apabila didapati berkeliaran di Bahagian Imageshack, Ibupejabat Blog LSB.PJ. disini, semalam.Tiga beradik itu telah dijumpai oleh Pembantu Pembersihan Pejabat, telah berkeliaran dan kadang-kadang duduk di kerusi laluan pejalankaki sebelum dihantar ke Pejabat Pengarang Blog untuk dibuat laporan.
Ketua Blog LSB.PJ, Timbalan Superitendan (Bersara) Kemat Hassan, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 petang semalam. Katanya, kanak-kanak tersebut yang cuma dikenali sebagai Kak Long, Abang Ngah dan Ucu, telah ditinggalkan oleh ibubapa mereka semenjak hari Jumaat lepas lagi kira-kira pada pukul 1.32 petang setelah pihak kami mendapat maklumat melalui kamera tertutup CCTV di sini.
"Berdasarkan siasatan awal, kami percaya kes anak-anak ini dispesifikasikan sebagai kes tinggal dan lari kerana tiada sebarang pesanan atau komen telah ditinggalkan sebelum suspek lari meninggalkan mereka bertiga.
"Keadaan itu menyebabkan kami agak sukar untuk membuat siasatan dan mengenal pasti anak kepada siapa mereka ini. Pihak kami telah cuba untuk mengedarkan pemplet keseluruh pelusuk bandar Boston dan Kampung Baharu untuk meminta orang ramai untuk mencari dan mengenalpasti siapakah waris kepada kanak-kanak tersebut. Kami merayu kepada orang ramai yang mengetahui dimana ibubapa mereka untuk tampil kehadapan untuk membantu siasatan.
"Kepada ibubapa kepada kanak-kanak tersebut, kami memohan juga untuk tampil kehadapan untuk mengenalpasti anak-anak mereka dan pihak kami berjanji tidak akan mengambil tindakan kepada mereka kerana pihak kami telah berjanji kepada anak-anak mereka untuk tidak mengambil tindakan tambahan lagi pihak kami tidak dapat lagi menanggung kos penjagaan mereka kerana anak-anak yang comel dan selalu ketawa ini sihat-sihat semuanya", katanya.




