'Office Trip' 5 hari 4 malam yang diadakan pada bulan Jun 1991 ke Pulau Phuket, Thailand telah melibatkan kepada semua kakitangan kecuali 'Boss'. Perjalanan melalui Penerbangan MAS telah mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit setelah membuat persinggahan terlebih dahulu ke Lapangan Terbang Pulau Pinang.
- 'Posing kat Phuket Airport'Kata orang kata pulau Phuket ni cantik. Memang betul, tempatnya cantik, pantai bersih, udara nyaman, harga barangan disini pun murah, aktiviti malamnya, memang sesuai untuk bercuti.
- 'Lepak dekat Patong Beach' (ada yang kenal ke sebelah aku tu, ex-IKMpj juga tapi junior kita)Tak banyak aktiviti yang boleh dibuat kat Phuket ni. Cuma melawat tempat-tempat popular seperti pantainya yang panjang (lebih kurang 50km), melawat beberapa pulau dalam gugusan Pulau Phuket (Phuket ada lebih dari 50 pulau kecil), yang paling popular Pulau James Bond sebab filem James Bond pernah adakan pengambaran disitu.
- 'Dekat Pulau James Bond'Aktiviti malam, kalau orang bujang yang tunggang langgang, waktu ini memang 'syurga' bagi mereka kerana kalau nak enjoy sakan takda orang nak ganggu, disinilah tempatnya. Waktu ini jugalah paling sesuai untuk membeli-belah buah tangan untuk dibawa pulang ke Tanah Air yang tercinta. Kata orang 'Hujan Emas dinegeri orang, Hujan Batu dinegeri sendiri', lebih baik negeri sendiri kerana Phuket penuh dengan dunia yang bersandiwara. Sebab itulah agaknya terjadi 'Tsunami' kat Phuket. Sekarang ini kalau berpeluang lagi pergi ke Phuket, mungkin kena fikir dua atau tiga kali.
Walaubagaimana pun, bercuti ke Phuket adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana pada masa itu Phuket memanglah 'Syurga Dunia' kerana pulaunya memang 'C A N T I K '.





3 ulasan:
Ooo...Pergi Phuket ye....Nasib baik masa tu kau tak kena Tsunami, Minah kat sebelah kau tu Watie kan, Haa..aku ingat lagi...mana perginya minah tu la ni ye....?
Kau masukkan lah dalam blog ni member kau yang main dengan aku snooker tu...HO.
ehh... kenal kau rupanya ye zack.
Pasal member snook tu nanti dulu.
Tugguuuuuu.....
Mahu tak ingat....kan ke dulu aku selalu pergi kat office kau...makan kat warung...
Catat Ulasan