Rabu, Jun 11, 2008

Yahoooooo... Syed Hood

Hari semalam adakah hari yang mengembirakan bagi kami kerana dengan usaha keras yang tidak mengenal lelah, kami telah dapat menghubungi saudara Syed Hood Bin Syed Ahmad yang telah lama tidak dapat kami hubungi (dia pun satu, tak ingat kami ke kat sini?).

Usaha ini terbit apabila kami iaitu melibatkan saudara Mohd Zakri, saudara Ahmad Miharuddin dan saya sendiri, telah membuat perbincangan di Skype yang bertajuk "Kumpul Kawan IKM". Dengan pelbagai rujukan dan carian seluruh dunia melalui online, kami dapat menghubungi beliau. Rupa-rupanya beliau tidaklah berada di Beijing, tapi masih lagi di Kangar, Perlis. Ini disebabkan kami risaukan anda, manalah tahu anda semua berada di Beijing, China menghadapi kecelakaan gempabumi di sana. Alhamdulillah.


Ini adalah usaha yang mengembirakan kami untuk mengumpulkan seberapa ramai rakan-rakan IKM untuk kami membuat beberapa rancangan yang akan kami usulkan pada waktu dan hari yang akan datang.

Untuk mereka yang ingin menghubungi beliau, sila hubungi melalui talipon bimbit beliau iaitu: 019-5789554 atau melalui email beliau di saggof@gmail.com. Diharap dengan cara ini dapat merapatkan lagi silatulrahim antara kita rakan-rakan IKM.

Ucapan Tahniah di ucapkan kepada mereka yang telah berusaha keras untuk meluangkan masa yang terhad untuk menghubungi beliau setelah hampir lebih 20 tahun tidak dapat menghubungi beliau. Ini semua adalah dari usaha kami untuk cuba untuk berhubung sesama kami di Skype.

Oleh itu kami di sini dengan merendah diri, ingin memohon dan ingin mengajak anda semua untuk 'joint' kami di Skype. Kepada yang berminat, sila rujuk kepada post saya yang lepas untuk cara anda mendapatkan perkhidmatan tersebut.

Tahniah! lebih awal kami ucapkan kepada mereka yang untuk cuba menghubungi kawan-kawan anda yang masih mengingati dan merindui anda semua.

Terima kasih daun keladi,
Ada masa kita jumpa di Skype.

2 ulasan:

azizailan berkata...

cayalah geng....TABIK SPRING pada kau orang semua yang bekerja keras carik member2 lama....

Azizuddin LRB

Juky berkata...

Usaha Tangga Kejayaan