Julai 1987 08:00am - Hari yang dinantikan telah tiba, aku mula melangkah ke bumi Institut Kemahiran Mara, Petaling Jaya (INKEMA) yang mulia ini. Kesemua bakal pelatih sedang sibuk dan terpinga-pinga untuk mendaftarkan diri sebagai pelatih di sini. Kesemuanya sungguh bersemangat untuk mulakan hidup yang bakal mendatang. Aku yang sebenarnya pun lebih kurang seperti bakal pelatih yang lain. Tapi aku masa tu 'cool...', mengapa nak gabrah, aku dah besar panjang, bukan anak mak lagi. Aku tahu kalau aku nak berjaya mesti tabah pada hari yang akan mendatang.
Selepas mendaftarkan diri (dah dapat name 'tag' sementara, warna biru lagi yang dibuat dari 'kad manila' ), kami semua dikumpulkan di dewan perhimpunan untuk memulakan upacara perasmian 'MINGGU SUAIKENAL SESSI JULAI 1987. Di sana, aku dapat mengenal lebih rapat lagi dengan bakal pelatih di INKEMA ini. Ada lelaki dan mestilah ada perempuan, kalau tak ada, tak meriahlah INKEMA nanti. Kebanyakan bakal pelatih ini berasal dari persekitaran Selangor, ada juga dari tempat lain seperti dari Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, 'Nogori Sembilan', Perlis, Johor dan negeri yang lain termasuk Sabah dan Serawak. Senang cakap, seluruh negeri di Malaysia.
Sebelum perasmian, kami dihendaki memilih 'Abang dan Kakak' angkat supaya senang kami disini nanti. Pada mereka nanti tempat kami mengadu masaalah semasa dan selepas MINGGU SUAIKENAL ni. Aku adalah dapat 'Abang dan Kakak' angkat, nama mereka,..... aku dah lupa. Mulanya aku tak ada 'kakak' angkat,dengan sukarelanya adalah 'Akak' tu sanggup jadi 'Kakak Angkat' aku. Bagai kan 'Lori Tunda menarik Lori' aku segera terima kakak tu, sebab 'akak' tu "C U N" kata semua petaih yang sudah lama berada di INKEMA ni lah. "Tapi ada syaratnya" kata kakak tu. "Awak nyanyi satu lagu yang tengah Top masa ini". Pada masa itu, lagu "Fantasia Bulan Madu" nyanyian Kumpulan Search tengah Top. Jadi aku nyanyilah lagu tu dengan penuh semangat disebabkan Akak Angkat tu lah. Tak sangka mendapat tepukan dan pujian dari semua bakal-bakal pelatih termasuk abang dan kakak senior semua. Peeweet...
Pada sebelah petang berlangsunglah perasmian 'MINGGU SUAIKENAL' yang di rasmikan oleh Pengetua INKEMA PJ, Tuan Haji Razalie yang juga disertai oleh semua Tenaga Pengajar INKEMA.

Pada ucapan perasmian yang disampaikan oleh tuan pengetua, banyak nasihat dan panduan yang di sampaikan untuk pelatih yang sediada dan kepada bakal pelatih. Ucapan beliau sentiasa aku kenang dan ingat hingga kini dan juga dijadikan panduan hingga kini untuk memajukan lagi 'Bangsa Bumiputra dan Negara'. Selepas perasmian, biasalah macam biasa kalau ada majlis mesti ada jamuan, jadi aku dan rakan seperjuangan yang lain pun apa tunggu lagi, M A K A N.
Lepas jamuan, kami dikumpulkan semula untuk persediaan pada esok hari. Kami diberi buku '555' untuk senang kami nak 'makan' pada minggu suaikenal ini dan sepanjang kami di INKEMA, kami diberi 'asrama' sementara atau tetap untuk kami 'tido', kami juga diberi 't-shirt' warna biru muda untuk kami pakai pada sessi senaman 'BERAT' pada sebelah petang sepanjang minggu ini.
Pada malam pertama aku di asrama yang disediakan, aku rasa kecut juga, sebab semua 'Brother Senior' aku lihat semacam je, susah nak senyum. Agaknya mereka marah kat aku dan kawan-kawan aku 'tido' dengan merekakot. Dengan tidak rasa bersalah aku pun beritahulah semua 'Brother Senior', aku tumpang tido satu malam aje. Tiba-tiba muka mereka berubah, aku mula berfikir mereka ni 'happy' ke 'angry'. Sampai sekarang aku tak dapat jawapannya. Tanpa berlengahkan masa, kami semua ambilah peluang 'bersiram' setelah kami semua perasan 'Brother Senior' tak nak rapat dengan kami (bau hangit petang tadilah agaknya). Lepas 'bedak' muka, kami semua bersolat bersama-sama untuk dapat mengeratkan lagi silatulrahim dengan Senior. Kemudian kami bersuaikenal bersama 'Brother Senior' pula. Brother senior kata kami semua mesti jadi adik-adik yang baik, tapi aku cepat-cepat bangkang, aku kata aku "Abang Long" bukan "adik-adik". Mereka kata "Yalah, awak boleh jadi "Abang Long" tapi janganlah kacau "adik-adik" yang lain. Aku kata "No Problem". Maka selamatlah aku pada malam tu, setelah aku dikecualikan dari di panggil "adik-adik". Tanpa buang masa, aku pun 'T I D U R'.
"OIIIIIIII......(bunyi orang jerit),Terkezut aku dari 'tido', dengan tak pasal sekumpulan "SUPER SENIOR" dok bangkitkan kami. Aku cubalah buat 'Cool', tapi aku lihat 'Brother Senior' yang lain duduk diam-diam macam tak nak tolong kami semua. Aku nampak 'diorang' ni semacam je, "Super senior" suruh kami semua berdiri di sebelah katil. Aku lihat ada yang pakai kain, ada yang pakai seluar pendek, ada jugak yang pakai baju pagi tadi. Yang teruknya yang pakai seluar 'kecik' pun ada. kah... kah...
"Ohhhh....hang sedap tidok ha...." kata salah seorang dari "SUPER SENIOR"(dalam pelat utara). "Siapa bagi hang tido ni?" mereka tanya pada kami. Aku lihat semuanya tak berkata-kata, "Cakap siapa suruh?" tanya mereka lagi. Pada fikiran aku, bukan kami tak nak bercakap tapi kami ni 'ngantok bah', mana bisa kamik sedang tidok dibangkiti oleh suara lantang yang tak bersivik ni. Aku kesian pulak pada rakan-rakan aku yang lain, lalu aku pun bersuaralah "Assalamualaikum bang, kami ni bukan disuruh berada disini untuk ditengking, tapi tempat ni bolehlah dikatakan asrama, biasanyalah asrama tempat untuk berihat ke, bersenam ke, mandi ke, mentelaah ke dan tak lain tempat untuk kami T I D O " (dengan suara yang selembut sutera tapi 'laser' you).
Kesemua rakan-rakan aku yang kedua-dua matanya yang memang susah nak dibuka tadi, kini ku lihat pada sebelah mataku yang masih belum terbuka, semacam je aku lihat. "Eh..eh.. budak ni, menjawab rupanya, baru tak sampai sehari disini dah pandai bersoal-jawab dengan aku ya". Dengan pantas aku 'mencilok', "ABANG, jangan cakap budak dengan saya, umur saya kurang sikit je dengan abang, abang ingat abang sorang je ke kena panggil abang, saya pun 'ABANG' jugak tau". Kemudia aku menerima satu soalan dari "SUPER SENIOR", 'Bila masa aku kawin dengan kakak kau?'. Aku jawab balik "Itulah saya dah kata saya ni 'Abang Long', saya tak ada kakak ayau abang, dan saya tak kata abang ni 'Abang Ipo' saya, kalau saya ada kakak pun, saya tak sudi terima abang ipo semacam ni. Suasana sunyi seketika........... (jeng..jeng..jeng...
Bermacam persoalan terbuku difikiran mereka agaknya. "Ok lah bang, saya bagi peluanglah pada abang untuk malam ni, abang nak buat apa pun buatlah, kami semua tak kisah sebab dah adat dunia kalau menumpang rumah orang". Maka pada malam tu, terjadilah bermacam acara suaikenal diantara kami dan "SUPER SENIOR", hanya tuhan dan kami aje yang tahu. (Zakri tak tahu, sebab petang tadi dia dah "ca alib bot").


Pada keesokan harinya dan hari yang selanjutnya pada minggu itu, kami teruskan pelbagai acar MINGGU SUIKENAL. Diantaranya diperdengarkan ceramah, taklimat penerangan dan bermacam lagi. Manakala pada petangnya, kami dibawa mendaki Bukit Gasing untuk bersenam disana sambil menghirup udara segar di sana. Di sebelah malam pula kami mendengar ceramah agama untuk pelatih berugama Islam dan juga kuliah subuh pada waktu selepas solat Subuh. Begitulah pada hari-hari yang lain.

Setelah seminggu, maka tibalah masa untuk 'MERDEKA" iaitu upacara Penutup Minggu Suaikenal yang di dilangsungkan oleh juga Pengetua INKEMA. Selepas acara penutup, kami dipecahkan kepada Kursus masing-masing iaitu Kursus Lukisan Senibina, Kursus Lukisan Rangkabina dan Kursus Lukisan Jentera. Aku ditempatkan di Studio LSB 1A yang dikendalikan oleh En. Kamaruzzaman Osman. Maka bermulalah kehidupan aku sebagai salah seorang pelatih di INKEMA PJ ini.





0 ulasan:
Catat Ulasan