Rabu, Ogos 08, 2007

Prelude - Juky

ﺍﻠﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢ

Sebelum bermulanya Blog ini, terlebih dahulu mari kita sama-sama menghayati bait-bait Lirik lagu WARISAN yang dahulunya kita sama-sama nyanyikan pada setiap minggu sebelum bermulanya sesi latihan kita di IKM Petaling Jaya.
Semoga pesanan dari lirik lagu WARISAN ini sentiasa kita ambil pengajaran dan sentiasa menjadi pedoman juga peringatan disetiap masa.

WARISAN
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cita lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumii merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
MELAYUkan gagah di Nusantara ......................

(petikan dari Blog Zacrye - Studio Architectural Drafting)


TUJUAN
Tujuan akan terujudnya Blog ini adalah hasil dari perbincangan dari beberapa bekas pelatih selepas diadakan Perjumpaan Bekas Pelatih LSB IKM PJ pada 4 Ogos, 2007 bertempat di rumah En. Abd. Rahman Hassan yang juga bekas pelatih LSB A Sessi Julai 1987 - Julai 1989, untuk mengujudkan sebuah Blog Bekas Pelajar.
Di dalam Blog ini dapatlah kita nanti mengimbas kembali kenangan-kenangan silam semasa menjadi pelatih IKM PJ dan juga untuk memberitahu perkembangan terkini bekas pelatih IKM PJ.
Pada Blog nanti akan dibahagikan kepada beberapa tajuk atau bahagian perbincangan, diantaranya adalah :

- MASIHKAH KAU INGAT - untuk mengisahkan kembali kenangan-kenangan semasa mula-mula masuk ke IKM PJ terutamanya semasa Hari Suaikenal (tentu banyak hendak diceritakan).

- AKU DAN INKEMA PJ - dalam Kenangan - untuk mengisahkan kembali kenangan-kenangan di IKM PJ.

- PHOTO AKU DAN DIA - sebelum aku hantar ke Arkib Tong Sampah - untuk memasukan photo-photo arkib anda di sini semasa di IKM dan sejurus tamat latihan sebelum photo-photo tersebut lenyap.

- JAUH PERJALANAN, LUAS PANDANGAN - untuk menceritakan pengalaman anda samada pengalaman bekerja, bercuti, atau apa saja setelah tamat pengajian di IKM.

- INILAH AKU SEKARANG - untuk menyampaikan keadaan diri anda pada masa kini (dalam bentuk photo terkini, bersama keluarga lebih baik) - bagaimanalah rupa korang semua agaknya sekarang.

- BERITA TERGEMPAR - untuk menyampaikan buletin-buletin terkini.

Untuk perhatian anda semua, Blog ini adalah Prelude (dalam proses mencari bahan) dan akan bermula pada masa yang terdekat, jika anda semua ingin ambil bahagian, sila sampai hasrat anda itu dengan menyampaikan bahan-bahan anda itu kepada saya melalui e-mail saya. E-mail saya boleh didapati dibahagian E-MAIL BEBUDAK IKM. Saya akan cuba memasukan bahan anda nanti pada tajuk perbincangan yang bersesuaian seperti di atas.
Diharap dengan adanya Blog ini, silatulrahim di antara kita semua akan sentiasa terjalin. Insyaallah..

Wasalam.
Marzuki Mohd Hashim