Motor Aku 'Break-down'
10 Ogos, 2007 Seorang bekas pelatih didapati telah mengalami 'problem' yang memang telah disangka oleh bekas pelatih tersebut dimana motosikal yang selalu beliau tunggang, telah mengalami 'omboh terhalang' atau dalam bahasa yang lain disebut "Piston Blocking".
Bekas pelatih tersebut yang dikenali sebagai En. Marzuki Mohd Hashim, memberitahu pengarang Blog ini bahawa sejak malam tadi lagi beliau telah perasan ada masalah pada motosikal beliau. Beliau menyangkakan mungkin minyak 2T dah habis, jadi beliau telah pun menambah bahanapi tersebut pada pagi ini, tapi tak sangka peristiwa yang memenatkan beliau ini akan terjadi juga.
Apabila ditanya bilakah kali terakhir beliau 'sevis' motorsikal tersebut, beliau menyatakan bahawa tiada dalam ingatannya bila kali terakhir beliau motosilak tersebut dan tambahan beliau lagi mungkin dua atau tiga tahun yang lepas.
En. Marzuki menceritakan pada pemberita Blog ini, "selepas saya menambahkan minyak 2T untuk perjalanan ke pejabat saya di Kelana Jaya, tiba-tiba motosikal saya macam nak mati pulak dah injinnya". Tambah beliau lagi, "kat sinilah injin motosikal saya nak mati, betul-betul depan Sunway Pyramid". Beliau ditanya lagi, mati tak injin motosikal?. Beliau menjawab, "Mati juga injin motosikal aku kat sini, buat malu betullah, orang ramai ni tengah tunggu bas".
Walaubagaimanapun En. Marzuki telah pun menolak motosikal beliau itu ke kedai motosikal yang berhampiran untuk diperbaiki dan dijangka akan mengambil balik motosikal beliau pada petang ini.
Pemberita sempat menanya pada beliau, apakah pesanan beliau kepada semua pembaca Blog dan juga apakah harapan beliau selepas mengambil kembali motosikal. Bekas pelajar Institut Kemahiran Mara ini dengan nada yang sebak ingin memberitahu semua, jangan risau pada kejadian ini dan ingin memohon maaf kepada semua pembaca Blog ini kerana memalukan semua pembaca (sambil membelek katalog motosikal baru) dan beliau juga berharap motosikal beliau dapat dihidupkan semula petang ini.(sambil mengaruk kepala memikir berapa pulak nak kena bayor).
Jumaat, Ogos 10, 2007
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)





2 ulasan:
yeeh... injin motosikal aku dah boleh hidup petang semalam.
dah sampai masanya kau pakai kereta pulak...naktanya...kau dah ada lesen kereta ke?
Catat Ulasan